Putera Harry. FOTO fail AFP
Putera Harry. FOTO fail AFP
BERNAMA

London: Putera Harry tiba di United Kingdom bagi menghadiri upacara pengebumian datuknya, Putera Philip, lapor agensi berita Sputnik yang memetik majalah People.

Harry, 36, tiba dari California pada Ahad.

Bagaimanapun, isterinya, Meghan Markle yang hamil anak kedua mereka tidak mengiringi suaminya.

Ini adalah kali pertama Harry akan berjumpa dengan keluarga diraja selepas temu bual menggemparkan dengan Oprah Winfrey, baru-baru ini.

Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II, meninggal dunia pada usia 99 tahun di Istana Windsor, 9 April lalu.

Beliau sudah berkahwin dengan Elizabeth selama 73 tahun.

Upacara pengebumian akan diadakan di Gereja St George, Istana Windsor pada 17 April ini.

Istana Buckingham dalam kenyataannya sebelum ini memaklumkan majlis itu akan dibuat siaran langsung melalui televisyen.

Bagaimanapun, tiada elemen orang awam memandangkan pandemik Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 April 2021 @ 11:13 AM