SEDIAKAN makanan sedap, berkhasiat untuk gelandangan dan miskin sepanjang Ramadan.
SEDIAKAN makanan sedap, berkhasiat untuk gelandangan dan miskin sepanjang Ramadan.

Knorr, kiub pati ayam satu jenama makanan terkemuka di Malaysia dan seluruh dunia melancarkan usaha menyediakan makanan sedap lagi berkhasiat kepada golongan gelandangan dan miskin sepanjang Ramadan.

Kempen ini bertujuan membangkitkan semangat amal jariah pemberian zakat yang dituntut sepanjang bulan Ramadan yang juga satu daripada lima rukun Islam.

Usaha ini diharap dapat membantu orang ramai supaya sentiasa prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik bukan saja pada waktu berbuka puasa, malah sebagai amalan penyucian rohani.

Facebook (FB) digunakan sebagai medium media sosial yang tidak hanya membantu menyebarkan kesedaran terhadap golongan gelandangan, bahkan untuk sama-sama ‘turun padang’ menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.

Dengan menukar butang perkongsian kepada mata wang, Knorr dengan kerjasama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi), mengagihkan satu hidangan makanan bagi setiap perkongsian filem iklan Ramadan baru terbitan mereka. Lebih banyak perkongsian lebih banyak hidangan makanan berkhasiat dan enak boleh diberi kepada golongan yang memerlukan.

Menurut wakil Unilever, “Knorr mempunyai misi membekalkan makanan sedap dan berzat untuk seluruh warga Malaysia. Selaras dengan janji itu, kami meletakkan sasaran mengagihkan makanan berkhasiat kepada 1,000 warga kota yang tinggal di lorong Kuala Lumpur dan pusat bandar.

“Sesuai dengan semangat Ramadan pihak kami menggalakkan rakyat Malaysia beramal dengan cara berkongsi berkat dengan mereka yang kurang bernasib baik.

“Hanya klik untuk memberi satu hidangan untuk seorang. Lebih banyak perkongsian lebih ramai insan yang dapat kami agihkan,”katanya.

Kempen ‘Janji Ramadan’ Knorr dipaparkan dalam sebuah video menceritakan perihal seorang bapa berjanji akan pulang berbuka puasa kali pertama bersama anak lelakinya.

Maklumat lanjut Janji Ramadan layari www.facebook.com/knorrMalaysia atau www.youtube.com/KnorrMalaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Jun 2017 @ 11:07 PM