Syarikat Evawholesale mampu melihat hasil secara konsisten selepas memuat naik video dan memanfaatkan ciri ‘creators’ untuk tujuan promosi. - FOTO TikTok Shop
Syarikat Evawholesale mampu melihat hasil secara konsisten selepas memuat naik video dan memanfaatkan ciri ‘creators’ untuk tujuan promosi. - FOTO TikTok Shop
Muhamad Shaifullah Tayep

Kuala Lumpur: Hanya seminggu mempromosikan produk terbaharu, syarikat Evawholesale berjaya mencapai jualan sebanyak 25,000 pasang kasut terjual dalam masa tujuh hari.

Kejayaan luar biasa itu dikongsikan Pengarah Urusannya, Liow Chee Kiah apabila beliau menyertai platform TikTok Shop dan mendapat bimbingan pengurus berdedikasi untuk melancarkan produk baharu.

Selepas melaksanakan strategi penstriman langsung dan pendedahan platform, terdapat peningkatan jumlah jualan sebanyak tiga kali ganda dalam masa tiga bulan.

Katanya, pencapaian luar biasa seperti ini tidak pernah berlaku, biarpun pada platform lain dan ia memberikan pihaknya satu kepuasan dan kegembiraan yang besar.

"Penonton boleh berkomunikasi secara langsung dengan kami dalam sesi penstriman langsung, membolehkan mereka menyuarakan sebarang pertanyaan berkaitan produk secara langsung.

"Dengan cara ini, kos komunikasi dapat dikurangkan dengan ketara.

"Kami juga menggunakan video pendek untuk membantu pelanggan memahami dengan lebih baik mengenai ciri produk dan secara tidak langsung meningkatkan kecekapan," katanya kepada Harian Metro, di sini, baru-baru ini.

Chee Kiah berkata, TikTok Shop menggunakan pelbagai saluran untuk mempromosikan produk seperti video pendek dan penstriman langsung yang membolehkan pelanggan memahami produk daripada perspektif berbeza.

Pengarah Urusan Evawholesale, Liow Chee Kiah.

Biarpun menghadapi cabaran seperti kurang kefahaman mengenai platform dan hala tuju pengurusan ketika menyertai TikTok Shop pada April 2023, beliau tidak berputus asa dan mampu melihat hasil secara konsisten selepas memuat naik video dan memanfaatkan ciri 'creators' untuk tujuan promosi.

"Kami berterima kasih kepada ciri 'creators' yang membantu kami mempromosikan produk.

"TikTok Shop bukan saja membolehkan peniaga mendapat keuntungan tetapi juga menggalakkan individu menjadi pempengaruh dan memperoleh komisen melalui penstriman langsung.

"Ramai hos adalah suri rumah yang memanfaatkan masa lapang mereka untuk mengendalikan strim secara langsung dan menghasilkan video pendek tujuan jualan," katanya.

Beliau berkata, TikTok Shop bukan sekadar menjual produk; ia juga adalah hiburan.

"Selepas hari yang sibuk, membuka telefon untuk melihat kandungan yang menghiburkan dan melihat produk yang dijual adalah sama seperti berjalan-jalan di pusat beli-belah pada hujung minggu.

"Saya berharap platform TikTok meneruskan pembangunan yang mampan. Ia juga membolehkan kami mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk belia tempatan di kawasan kecil kami di Triang," katanya.

TikTok Shop adalah platform yang memanfaatkan Shoppertainment untuk tujuan pembangunan, pertumbuhan dan pengembangan jenama khususnya perniagaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan dalam ekonomi digital hari ini.

Kunjungi profil TikTok Evawholesale untuk mendapatkan produk atau daftar akaun TikTok Shop bagi meningkatkan jualan syarikat ada hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2023 @ 11:30 AM