HORNER (kanan) berharap Hamilton akan terus berlumba tahun ini. FOTO Agensi
HORNER (kanan) berharap Hamilton akan terus berlumba tahun ini. FOTO Agensi
Agensi

London: Prinsipal pasukan Red Bull, Christian Horner tidak mahu Lewis Hamilton bersara selepas gagal mempertahankan kejuaraan dunia 2021 yang menyaksikan Max Verstappen meraih gelaran itu buat kali pertama.

Hamilton dan Verstappen mengharungi pusingan terakhir dekat Abu Dhabi dengan berkongsi mata yang sama dan pelumba Britain itu dilihat semakin hampir meraih gelaran dunia kelapan selepas mendahului perlumbaan.

Bagaimanapun, dia dipotong oleh Verstappen pada pusingan terakhir selepas kereta keselamatan keluar dari litar susulan kemalangan menimpa pemandu Williams, Nicholas Latifi sebelum itu.

Kegagalan Hamilton untuk mempertahankan kejuaraan dunia mencetuskan persoalan pemandu berusia 37 tahun itu akan bersara dari sukan permotoran sekali gus tidak akan membuat penampilan pada tahun ini.

Bagaimanapun Horner berasakan adalah sesuatu yang merugikan jika seteru utama mereka itu tidak kembali beraksi pada tahun ini kerana Hamilton serta Verstappen berada pada kelas tersendiri.

"Saya amat berharap dia akan kembali beraksi pada tahun ini. Dia masih mampu beraksi di tahap tertinggi. Kedua-dua pemandu itu berada dalam pentas yang berbeza tahun lalu," katanya kepada WION.

Mengenai keputusan yang mungkin akan diambil oleh Hamilton, Horner tidak mahu terbabit atau mempengaruhi keputusan juara dunia tujuh kali itu.

"Ia bukan urusan kami," katanya ringkas.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 January 2022 @ 11:22 AM