RAKET Nadal berjaya dijual pada harga RM559,000. FOTO AGENSI
RAKET Nadal berjaya dijual pada harga RM559,000. FOTO AGENSI
Reuters

London: Raket yang digunakan Rafael Nadal ketika meraih kemenangan di final Terbuka Perancis 2007 ke atas Roger Federer dijual dengan harga lebih AS$118,000 (RM558,000) menerusi lelongan, hari ini.

Nadal menewaskan Federer 6-3 4-6 6-3 6-4 pada final 2007 di Paris untuk memenangi kejuaraan Grand Slam ketiganya sebelum bintang Sepanyol itu memenangi 19 lagi gelaran Grand Slam dengan 14 daripadanya di Roland Garros.

Raket itu, yang turut digunakan Nadal dalam perlawanan sebelum itu, termasuk ketika meraih kemenangan di separuh akhir menentang Novak Djokovic, dijual pada harga AS$118,206 (RM559,000) menerusi lelongan dalam talian yang berakhir hari ini.

Raket itu sebelum ini ditempatkan di Muzium Tenis Australia sebelum ia ditutup baru-baru ini.

Jualan lelongan raket tenis individu tertinggi sebelum ini termasuk raket yang digunakan Nadal pada Terbuka Australia 2022 iaitu dengan harga AS$139,700 (RM661,000)

Raket 'Battle of the Sexes' Billie Jean King pula dijual pada harga AS$125,000 (RM591,000) dan raket Terbuka Perancis 2016 digunakan Djokovic yang dijual pada harga AS$107,482 (RM508,000).

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 January 2024 @ 9:54 PM