Aksi bintang Switzerland, Roger Federer ketika menyertai kejohanan di Olimpik. FOTO AFP
Aksi bintang Switzerland, Roger Federer ketika menyertai kejohanan di Olimpik. FOTO AFP
AFP

Geneva: Impian Roger Federer merangkul pingat emas di Olimpik mungkin sudah terkubur minggu ini, tetapi dia masih boleh meraikan sesuatu dengan jualan kemeja-T, raket dan kasut daripada kejayaan sepanjang karier membuktikan ia mempunyai nilai tinggi ketika lelongan.

Legenda sukan tenis itu menyaksikan setiap barang menjadi perhatian ramai di dua peringkat jualan lelongan Christie, dengan nilai keseluruhan £3.4 juta (RM19.7 juta).

Gabungan peringkat dari online dan bidaan secara langsung - lebih tiga kali melebihi £1 juta (RM5.8 juta) yang disasarkannya akan disalurkan ke Yayasan Roger Federer bagi membantu projek pendidikan di Afrika Selatan dan negara asalnya, Switzerland.

"Saya sangat terharu dengan sikap murahan hati dan semangat yang ditunjukkan dari segi sokongan seluruh dunia," kata Federer dalam satu kenyataan.

Lelongan barangan juara 20 kali Grand Slam berlangsung dalam dua peringkat.

Jualan secara langsung pada 23 Jun di London menumpukan kepada karier Federer di empat Grand Slam: Wimbledon, Australia, Perancis dan Terbuka Amerika Syarikat.

Disusuli jualan secara talian dari 23 Jun hingga 14 Julai yang menampilkan 300 unit barangan daripada kejohanan lain sepanjang 21 tahun - termasuk penampilan pertama di Olimpik dekat Sydney 2000 pada usia 19 tahun.

Barangan itu di jualan secara talian menyaksikan pembeli daripada lebih 44 negara dan menjangkau enam benua, kata Christie.

Tumpuan pada jualan atas talian adalah tiga raket yang digunakan di Kejohanan Wimbledon 2019, yang terjual dengan harga £162,500 (RM943,202) - lebih 23 kali nilai jangkaan sekitar £7,000-10,000.

"Harga meningkat melebihi jangkaan dan ia sukar untuk mempercayainya," kata Federer.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 12:07 PM