JON Rahm. -FOTO AFP
JON Rahm. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Jon Rahm membenam sembilan birdie dan satu eagle untuk mencatatkan 10 bawah par 63 berjaya mengatasi Colin Morikawa seterusnya memenangi Kejohanan Juara Jelajah PGA dengan kelebihan dua pukulan.

Rahm ketinggalan sembilan pukulan pada pusingan ketiga kepada Morikawa selepas melakukan bogey di lubang pertama dan juara dua kali kejohanan utama Morikawa berjaya menjarakkan diri dengan kelebihan enam pukulan sebelum ini kepada tujuh selepas birdie ketiganya di lubang keenam semalam.

Rahm dari Sepanyol itu bagaimanapun cemerlang mengawal permainannya apabila mengatasi Morikawa seterusnya berjaya merangkul kejuaraan Jelajah PGA AS kelapannya dengan jumlah 24 di bawah par 265 di lapangan Plantation Course di Kapalua, Hawaii.

Morikawa terpaksa berpuas hati selepas melakukan bogey di lubang 14, 15 dan 16 pertama minggu ini melakukan satu bawah par 72.

Rahm berkata, dia tidak pernah bermimpi untuk muncul juara selepas melakukan bogey pada permulaan permainan dan akan keluar daripada lapangan dengan kelebihan tiga pukulan.

"Pada ketika itu ia bukan seperti kemenangan yang benar-benar difikirkan.

"Apa yang ada dalam fikir adalah saya perlu bekerja dan mula melakukan birdie dan itulah yang saya lakukan."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 January 2023 @ 1:00 PM