RAHM tenang melakukan pukulan putt di Muirfield Village di Dublin, Ohio. FOTO AFP
RAHM tenang melakukan pukulan putt di Muirfield Village di Dublin, Ohio. FOTO AFP
AFP

JON Rahm, memburu ranking nombor satu dunia, selepas membenam empat birdie pada enam lubang terakhir seterusya mendahului empat pukulan di pusingan ketika Kejohanan Memorial Jelajah PGA Amerika Syarikat (AS).

Pemain Sepanyol berusia 25 tahun itu melakukan birdie di empat lubang berturut-turut bermula dari lubang ke-13, sekali gus mengetepikan Tony Finau yang sebelum ini mendahului bersama Ryan Palmer di Muirfield Village di Dublin, Ohio.

Rahm, yang mencatat kejayaan kali terakhir di Jelajah Eropah November lalu di Dubai, melakukan empat di bawah par 68, untuk mengumpul keseluruhan 12 bawah 204 tatkala Finau dan Palmer mengumpul 208 pukulan.

"Saya sebenarnya sangat gembira kalau menyamai par. Jika saya membayangkan perkara itu, pasti ia akan jadi ketika di lubang ke-12. Saya rasa lubang 13, 14 dan 15 anda boleh terus menyerang jika meletakkan bola di kedudukan betul," kata Rahm

Rahm mampu untuk memintas Rory Mcilroy dan merampas kedudukan nombor satu dunia jika berjaya mengekalkan kedudukan atau menduduki tempat kedua pada hari terakhir.

Jika muncul juara, Rahm perlu mengharapkan Mcilroy untuk menamatkan saingan tempat ketiga ke bawah.

Bagaimanapun, jika dia keseorangan di tempat kedua dia perlu mengharapkan Mcilroy tidak berada dalam kelompok 30 terbaik dan Justin Thomas gagal muncul juara.

"Bagi menduduki tempat pertama tidak ada apa yang istimewa saya terapkan. Hanya dengan komitmen 100 peratus dalam setiap pukulan. Itu saja yang perlu saya lakukan.

"Jika saya kekal melakukan perkara itu, saya akan berada pada prestasi terbaik pada hari terakhir," kata Rahm.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Julai 2020 @ 12:47 PM