HALIM Shafai (dua kanan) menyerahkan kunci kereta kepada pemenang, Azrin Abdullah (tiga kiri). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
HALIM Shafai (dua kanan) menyerahkan kunci kereta kepada pemenang, Azrin Abdullah (tiga kiri). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Siti Rohana Idris


Tumpat: Kayuhan Semarak Kemerdekaan ke-65 yang diadakan di daerah Tumpat hari ini menghimpunkan 1,500 peserta yang bukan sahaja dari Kelantan malah beberapa negeri luar.

Program anjuran (NGO) Group Gatih Amal (GGA) dan Syarikat MZ Gold dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat serta Jabatan Belia dan Sukan negeri Kelantan itu memasuki tahun kedua diadakan.

Pengerusi GGA, Abd Halim Shafai berkata, sejak pendaftaran menerusi dalam talian dibuka dua bulan lalu, sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

"Penyertaan datang dari pelbagai negeri selain Kelantan iaitu Terengganu, Perak dan paling jauh ialah Johor yang tiba dengan bas sejak semalam.

"Kelainan kayuhan ini adalah ia disertai pelbagai kaum sama ada Melayu. Cina, India serta Siam yang menggambarkan masyarakat majmuk di negara ini," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Acara pelepasan dibuat jam 8.15 pagi tadi dan semua peserta memulakan kayuhan sejauh 40 kilometer (km) sekitar Tumpat sebelum peserta paling awal tiba semula di Padang KTMB kira-kira satu jam selepas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Ogos 2022 @ 2:35 PM