AKSI Aifa (dua kanan) dan Rachel hari ini. FOTO Reuters
AKSI Aifa (dua kanan) dan Rachel hari ini. FOTO Reuters
Daripada Amirullah Andi Nur


Birmingham: Hajat dua beregu wanita skuasy negara mara ke final temasya Sukan Komanwel 2022 di sini, hari ini sekali gus kekal dilandasan memburu kilauan emas tidak kesampaian.

Dalam saingan di University of Birmingham di sini, sebentar tadi, gandingan Aifa Azman-Rachel Arnold dan Noor Ainaa Amani Ampand- Chan Yiwen yang diharap mencipta kejutan gagal menyinar.

Aifa-Rachel tunduk kepada beregu England, Sarah-Jane Perry-Allison Waters 11-8, 6-11 dan 9-11 manakala Noor Ainaa -Yiwen akur kepada wakil New Zealand, Joelle King-Amanda Landers Murphy, 9-11-7-11.

Susulan kekalahan itu, dua gandingan berkenaan akan membuat perhitungan bagi perebutan pingat gangsa esok sekali gus mengesahkan satu lagi pingat buat negara.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 7 Ogos 2022 @ 10:20 PM