DJOKOVIC tewaskan Cameron Norrie untuk mara ke final Wimbledon. FOTO Reuters
DJOKOVIC tewaskan Cameron Norrie untuk mara ke final Wimbledon. FOTO Reuters
AFP

London: Novak Djokovic memecahkan rekod apabila mencatatkan prestasi terbaik selepas permulaan hambar untuk bangkit menewaskan pemain Britain, Cameron Norrie seterusnya mara ke final Wimbledon buat kali kelapan di mana dia akan menempah pertemuan menentang Nick Kyrgios.

Pilihan utama dari Serbia itu tewas di set pertama sebelum bangkit untuk menang 2-6, 6-3, 6-2, 6-4 dalam aksi permainan tenis yang sempurna.

Ia akan menjadi rekod final ke-32 Grand Slam dalam kategori lelaki buat juara enam kali Wimbledon itu yang membawanya satu melebihi Roger Federer dan dua mengatasi Rafael Nadal.

Djokovic sudah mengetahui bahawa dia akan berdepan Kyrgios selepas Nadal menarik diri pada Khamis lalu menjelang aksi separuh akhir menentang pemain Australia itu kerana kecederaan perut.

Pemain Serbia itu mempunyai rekod tewas 0-2 kepada Kyrgios, berjanji 'aksi penuh warna warni' ketika dia menyasarkan gelaran perseorangan Grand Slam ke-21 awal pagi esok yang akan menjadikan dia mengatasi Federer dengan satu gelaran dan satu di belakang Nadal dalam pemburuan mahkota terhebat sepanjang zaman.

"Tugas masih belum selesai," kata pemain berusia 35 tahun itu. "Satu perkara yang pasti - pastinya ada banyak aksi menarik secara emosi daripada kedua-duanya."

"Dia bermain secara bebas. Dia adalah antara pemain dengan servis terbaik dalam permainan. Sudah agak lama kami tidak bertemu.

"Saya tidak pernah menang satu set berdepannya. Saya harap ia akan berbeza kali ini. Ia satu lagi final buat saya di Wimbledon, jadi saya harap pengalaman akan memihak saya."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 Julai 2022 @ 7:58 AM