DEONTAY Wilder. FOTO Agensi
DEONTAY Wilder. FOTO Agensi
Agensi

Los Angeles: Evander Holyfield menasihatkan Deontay Wilder untuk mengubah gaya pertarungannya secara perlahan-lahan dan tidak terlalu terburu-buru.

Ia selepas bekas juara dari Amerika Syarikat (AS) itu melantik bekas seterunya, Malik Scott yang ditewaskanya pada 2014, sebagai jurulatihnya.

Wilder mendedahkan gaya latihan barunya menerusi beberapa video memperlihatkan gerakan yang agresif.

Bagaimanapun Holyfield bimbang gaya pertarungan itu akan memberi kesan kepada Wilder.

"Dia memulakan kariernya dalam sukan tinju pada usia yang lewat. Ramai petinju yang bermula lewat akan hanya mempunyai satu gaya pertarungan sahaja.

"Kebanyakan mereka tidak tahu bagaimana untuk melakukan perubahan, jadi saya tidak tahu sama ia adalah gaya pertarungannya yang sebenar.

"Tapi dia adalah salah seorang petinju yang saya minati," kata Holyfield.

Wilder, 36, yang mula bertinju pada usia 20 tahun, berjaya memenangi pingat gangsa pada Sukan Olimpik 2008 hanya selepas meraih pengalaman selama tiga tahun.

Sebagai petinju profesional, dia melalui 43 perlawanan tanpa tewas, 41 keputusan knockout sebelum ditewaskan oleh Tyson Fury, 33, pada pertemuan kedua tahun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 September 2021 @ 3:02 PM