WILDER jaguh tinju British.
WILDER jaguh tinju British.
Agensi

London: Pasukan Deontay Wilder optimis perjanjian dapat dipersetujui untuk pertarungan mega dengan Anthony Joshua.

Petinju heavyweight British itu tampak dalam laluan tepat untuk menentang Bronze Bomber selepas dia menewaskan Robert Helenius dengan 'knock out' (KO) di pusingan ketujuh minggu lalu manakala jaguh Amerika Syarikat (AS) Wilder turut menewaskan Helenius yang berusia 39 tahun pada Oktober tahun lalu.

Bekas juara dunia heavyweight dua kali Joshua kini berharap dapat menentang Wilder di Arab Saudi tahun depan.

Pengurus Wilder Shelly Finkel berkata kepada Sky Sports: "Saya optimis perjanjian dapat diaturkan untuk pertarungan Deontay dan Joshua pada awal 2024."

Wilder percaya kemenangan KO Joshua ke atas Helenius petanda amaran kepadanya menjelang pertarungan paling dinantikan di Arab Saudi, menurut ketua jurulatihnya Malik Scott.

Joshua menewaskan Helenius di pusingan ketujuh menerusi tumbukan padu tangan kanan dan dia dijangka menentang Wilder selepas ini walaupun pertarungan di Timur Tengah itu belum dimuktamadkan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Ogos 2023 @ 12:37 PM