PELUMBA AS, Jennifer Valente menang pingat emas cara omnium wanita di Olimpik Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
PELUMBA AS, Jennifer Valente menang pingat emas cara omnium wanita di Olimpik Tokyo 2020, hari ini. FOTO EPA
AFP

Shizuoka, Jepun: Pelumba basikal trek Amerika Syarikat (AS), Jennifer Valente menang pingat emas acara omnium wanita dalam aksi terakhir di Velodrome Izu di Olimpik Tokyo 2020, hari ini.

Jennifer mendahului 14 mata di depan Yumi Kajihara, yang menang perak dan pingat pertama Jepun di depan penyokong sendiri di Shizuoka manakala pelumba Belanda, Kirsten Wild menang gangsa.

Selepas menang perak acara kejar-mengejar berpasukan individu wanita di Olimpik Rio 2016 dan gangsa dalam acara sama di Tokyo 2020 pada awal minggu ini, Jennifer akhirnya menambah koleksi emas.

Dia adalah juara dunia empat kali dalam acara kejar-mengejar berpasukan, tetapi kini juara temasya Olimpik bagi omnium, sedangkan Kirsten dan pelumba Britain, Laura Kenny adalah pelumba pilihan.

Tetapi, Laura sekadar menduduki tempat keenam selepas gagal bangkit akibat kemalangan ketika perlumbaan scratch manakala Kirsten tersingkir awal di peringkat penyingkiran.

Omnium adalah perlumbaan sukar dijangka kerana ia membabitkan empat perlumbaan berasingan iaitu - scratch, tempo, penyingkiran dan mata - dengan pelumba mengumpul mata dalam setiap acara itu.

Jennifer bernasib baik ketika acara scratch dan terselamat dalam kemalangan membabitkan pelumba Itali, Elia Balsamo dengan pelumba Ireland, Emily Kay sehingga menyebabkan beberapa pelumba lain termasuk Laura terjatuh.

Laura cuba bangkit dengan menang tujuh pecutan dalam tempo, tetapi dia dan Kirstern tersingkir awal dalam perlumbaan penyingkiran.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Ogos 2021 @ 6:48 PM