MIKE Tyson (kiri) ketika bertemu Roy Jones Jr, November lalu. FOTO AFP
MIKE Tyson (kiri) ketika bertemu Roy Jones Jr, November lalu. FOTO AFP
Agensi

Los Angeles: Mike Tyson mengesahkan bahawa dia akan bertarung sekali lagi pada tahun ini.

Bekas juara heavyweight dunia itu kembali ke gelanggang November tahun lalu untuk perlawanan pertunjukan bertemu Roy Jones Jr.

Pertemuan Tyson dengan bekas juara dunia empat kategori berbeza itu berakhir dengan keputusan seri namun legenda berusia 54 tahun itu menunjukkan bahawa dia masih mempunyai kemampuan untuk bertarung berbanding jangkaan ramai.

Ketika sesi Instagram Live bersama Patrick Mouratoglou, Tyson mendedahkan bahawa dia mahu beraksi dalam mana-mana perlawanan pertunjukan pada tahun ini.

Ditanya adakah dia mahu kembali memakai sarung tinjunya, Tyson membalas: "Sudah pasti. Saya berasa lebih baik kali ini."

Tyson yang bersama dalam sukan tinju profesional pada 2006, mengakui gembira dapat kembali ke gelanggang.

"Ia menarik. Saya berasa sangat baik dan yakin. Saya rasa mampu melakukannya lagi," katanya.

Kejayaannya kembali beraksi di gelanggang menyaksikan beberapa bekas petinju turut menyatakan kesediaan untuk mengikut jejak langkahnya.

"Sebaik saja saya mengumumkan akan beraksi pada perlawanan pertunjukan, setiap orang dan atlet mahu melakukan perkara sama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 January 2021 @ 10:22 AM