KURT  Angle bergambar bersama Tyson. FOTO Agensi
KURT Angle bergambar bersama Tyson. FOTO Agensi
Agensi

MIKE Tyson berlatih bersama legenda WWE, Kurt Angle dalam persiapannya kembali beraksi dalam sukan tinju.

Dia yang berusia 54 tahun akan bertarung kali pertama dalam tempoh 15 tahun apabila menentang Roy Jones Jr, 51, dalam aksi pertunjukan lapan pusingan pada November depan.

Tyson mula berlatih sejak Mac lalu di bawah kendalian jurulatih MMA, Rafael Cordeiro dan kini turut mendapatkan khidmat bekas juara UFC, Henry Cejudo, 33, penggusti profesional, Angle, 51.

Angle berkongsi foto ketiga-ketiganya dalam Instagram, dan menulis: "#SmartCups Ambassadors @henry_cejudo @miketyson dan anda di sesi latihan hari ini."

Foto lain dari Cordeiro mendedahkan sesi latihan Tyson yang keras, menggabungkan beberapa tumbukan pantas dan kelincahan pergerakan kaki.

Pertarungan 'pay-per-view' hampir tidak menjadi kenyataan selepas dilanjutkan dua bulan daripada jadual asal, September.

Jones mengugut menarik diri melainkan dia mendapat ganti rugi susulan tambahan beberapa minggu sambil mengaitkan kerugiannya dalam perniagaan di luar gelanggang.

Tetapi bekas juara empat divisyen Amerika itu mengesahkan dia akan menentang legenda heavyweight, Tyson selepas bersetuju dengan beberapa terma.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 11:55 PM