Fury (kiri) sedia bertarung Iron Mike. FOTO Agensi
Fury (kiri) sedia bertarung Iron Mike. FOTO Agensi
Agensi

TYSON Fury mendakwa dia menerima cabaran untuk bertarung dengan petinju legenda berusia 53 tahun, Mike Tyson dalam perlawanan pertunjukan sensasi.

Pertembungan menarik itu dipercayai antara salah satu pertarungan semula Iron Mike selepas dia meluahkan keinginan untuk kembali selepas 15 tahun mengumumkan perasaan.

Tyson turut dikaitkan dengan pertarungan semula berdepan seteru lamanya, Evander Holyfield sekalipun jika gabungan umur kedua-dua petinju itu melebihi 110 tahun.

Dia dilaporkan ditawarkan lebih daripada £16 juta (RM85.26 juta) untuk bertanding di kejuaraan Bare Knuckle Fighting.

Namun setakat ini, hanya pertarungan berdepan juara heavyweight berusia 31 tahun, Fury - yang mampu mengatur perlawanan bersejarah berdepan Deontay Wilder - yang dipercayai sudah dipersetujui.

Fury yang mahu melihat Tyson berdepan Holyfield buat kali ketika memberitahu kepada BT Sport : "Saya menerima panggilan telefon menawarkan peluang bertarung Mike Tyson. Saya seperti tidak menyangkanya.

"Ya, saya menerima panggilan menyatakan 'adakah anda mahu bertarung dengan Mike Tyson dalam satu perlawanan pertunjukan?' Saya seperti terkejut dan memaklumkan sudah tentu ya!"

Fury, yang sebelum ini berkata dia mampu menewaskan Tyson dalam pertarungan menarik berbeza era memberitahu : "Secara jujur saya tidak fikir perkara lain yang membabitkan wang.

"Sudah tentu saya memikirkan dia [Mike Tyson] sememangnya serius mengenai bertarung, tetapi dia sudah menentang Holyfield dua kali jadi mereka berdua sudah tua sekarang, jadi saya fikir mereka begitu lama dalam pertarungan.

"Tapi siapalah saya untuk bercakap apa sahaja, apa yang sesiapa mampu lakukan? Saya tidak mahu menghampakan impian orang lain.

"Jika mereka berdua cergas untuk bertarung, bebas perubatan, jadi biarkan mereka melakukan perkara yang mereka mahu. Ia membabitkan nyawa mereka bukan saya."

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2020 @ 10:55 PM