McGregor (kiri) dan Pacquiao bersetuju bertarung dalam satu perlawanan pertunjukan.
McGregor (kiri) dan Pacquiao bersetuju bertarung dalam satu perlawanan pertunjukan.
Agensi

London: Conor McGregor dan Manny Pacquiao pasti akan bertarung tahun depan menurut pihak yang menguruskan dua legenda itu.

Audie Attar yang mewakili superstar itu bersama syarikatnya Paradigm SM yakin peminat tidak akan menunggu lama sebelum dua jaguh tinju itu melangkah ke gelanggang pertarungan bersama-sama.

McGregor akan melakukan penampilan semula di UFC menentang Dustin Poirier pada 23 Januari depan tetapi selepas itu tumpuan pastinya beralih kepada saingan membabitkan petinju veteran Filipina berkenaan.

Attar memberitahu Bloomberg TV: "Mengenai pertarungan membabitkan Manny Pacquiao dan Conor McGregor, Conor mempunyai perlawanan menentang Dustin Poirier pada 23 Januari depan.

"Dia akan menguruskan urusan membabitkan pertarungan dengan Dustin terlebih dahulu.

"Conor sudah menyatakan dia mahu bertarung dengan Manny, dan Manny juga bersetuju untuk bertarung dengan Conor.

"Seperti yang saya maklumkan kepada umum sebelum ini, kami sudah mengadakan perbincangan.

"Jadi perlawanan itu akan tetap berlangsung kerana kedua-dua mahukannya dan terdapat juga kecenderungan daripada peminat seluruh dunia."

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 1:59 PM