Connor McGregor. FOTO File AFP
Connor McGregor. FOTO File AFP
Agensi

Las Vegas: Bintang UFC, Conor McGregor mengumumkan dia akan kembali bertarung dalam gelanggang tinju tahun ini untuk berdepan juara welterweight WBA, Manny Pacquiao.

McGregor, 32, yang sedang menjalankan persiapan untuk perlawanan semula menentang Dustin Poirier pada 23 Januari ini - menegaskan dia terdesak memenangi kejuaraan dunia tinju sebelum bersara.

McGregor kali terakhir beraksi dalam arena tinju pada Ogos 2017 apabila dia ditewaskan Floyd Mayweather pada pusingan ke-10.

Jurulatih tinju The Notorious, Phil Sutcliffe mendedahkan awal minggu ini bahawa '85-90 peratus peluang' dia akan bertarung Pac Man selepas pertarungannya menentang Poirier.

Kini McGregor mengesahkan dia akan bertarung dengan petinju legenda itu pada tahun ini.

Perlawanan membabitkan mereka dilaporkan tampak mudah untuk diatur ketika McGergor dan Pacquiao penyandang juara welterweight WBA kedua-duanya diwakili oleh Paradigm Sports Management.

Bercakap menerusi laman web peribadinya, The Mac Life, mengenai sebarang kemungkinan berdepan petinju berusia 42 tahun itu, dia berkata: "Saya tahu perbincangan untuk memperhebatkan [pertarungan] tahun ini.

"Saya sangat teruja untuk pertarungan berdepan Manny Pacquiao dan ia tampak akan dijalankan tahun ini.

"Bila? saya tidak pasti.

"Kami perlu berbincang dengan Dana White dan pihak UFC dan melihat perkembangannya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 January 2021 @ 11:22 AM