NEYMAR sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan PSG. FOTO AFP
NEYMAR sudah menyatakan hasrat untuk meninggalkan PSG. FOTO AFP
Agensi

London: Chelsea sedang mengadakan perbincangan untuk mendapatkan Neymar selepas bintang Brazil itu meminta berhijrah dari Paris Saint Germain (PSG).

Pemain berusia 31 tahun berjaya menarik minat beberapa kelab pada musim panas ini.

The Blues sudah berhubung dengan wakil pemain itu untuk kemungkinan perpindahan pada musim panas, menurut laporan RMC Sport.

Ia selepas Neymar dilaporkan sudah memaklumkan PSG mengenai hasratnya untuk meninggalkan kelab itu pada musim panas ini.

Chelsea difahamkan sedang menunggu permintaan rasmi pemain Brazil itu untuk berhijrah, supaya mereka boleh menyelesaikan urusan kontraknya.

Kini senario itu nampaknya lebih mudah untuk Chelsea menjelang beberapa hari sahaja lagi aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Chelsea dengan Liverpool.

Barcelona dilaporkan sudah tidak berminat mendapatkan Neymar sekali gus menyaksikan peluang cerah untuk pemain itu berhijrah ke ke Stamford Bridge.

Neymar dikatakan mahukan kembali bersama Barcelona tetapi RMC melaporkan pemain itu boleh berubah fikiran beralih ke kelab EPL.

Kelab London Barat itu sudah dikaitkan dengan Neymar pada 2022, namun mereka dilihat lebih fokus mendapatkan pemain lain.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Ogos 2023 @ 7:16 AM