HENDERSON bersedia pertaruhkan masa depannya bersama England. -FOTO AFP
HENDERSON bersedia pertaruhkan masa depannya bersama England. -FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool akan menuntut sehingga £20 juta (RM120.5 juta) untuk Jordan Henderson bergabung bersama Steven Gerrard di Arab Saudi.

Kapten Anfield itu hampir menerima perjanjian £36 juta setahun (RM214.35) untuk bermain di Al-Ettifaq yang diuruskan oleh bekas rakan sepasukan Reds, Gerrard.

Namun Liverpool akan berjuang untuk mendapatkan bayaran yang berpatutan untuk Hendo, 33, yang mempunyai baki dua tahun dalam kontraknya.

Henderson ditawarkan kontrak £36 juta (RM216.91 juta) setahun oleh Al-Ettifaq, yang akan menyaksikan gajinya melonjak naik dari £190,000 (RM1.14 juta) ke £700,000 (RM4.22 juta) seminggu.

Pemain tengah Liverpool itu boleh menjadi pemain Inggeris peringkat atasan pertama yang menyertai pasukan Saudi.

Ia akan menjadi rampasan kuasa yang besar bagi rejim Saudi untuk mendapatkan pemain yang begitu lantang bersuara mengenai hak LGBTQ di rantau Teluk.

Bagaimanapun perpindahan Henderson ke Arab Saudi akan menjejaskan peluangnya untuk menyertai England di Euro 2024 tahun depan.

Pengendali England, Gareth Southgate pasti tidak mahu pemain dalam kesebelasan utamanya berpindah ke liga lebih lemah menjelang kejohanan Eropah itu.

Gerrard adalah pengendali Inggeris pertama di Liga Pro Saudi apabila dia mengambil alih Ettifaq awal bulan ini - dan dia mahu Henderson menyertainya.

Juara Saudi, Al-Ittihad pula mensasarkan seorang lagi pemain tengah Liverpool, Fabinho.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2023 @ 10:18 AM