FABINHO (tiga dari kiri) sertai Liverpool pada 2018.
FABINHO (tiga dari kiri) sertai Liverpool pada 2018.
Agensi

London: Fabinho disisihkan daripada sesi latihan Liverpool di Jerman selepas pemain itu menerima bidaan £40 juta (RM237 juta) daripada kelab Liga Pro Saudi, Al-Ittihad.

Kapten Liverpool Jordan Henderson turut dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi tetapi mengikuti rombongan ke Jerman.

The Reds menerima tawaran yang mahu mendapatkan pemain tengah Brazil kelmarin.

Keputusan di antara kelab dan Fabinho menyaksikan pemain berusia 29 tahun itu dikeluarkan daripada senarai 32 pemain ke Jerman semalam.

Fabinho beraksi di Liverpool sejak Julai 2018 selepas Reds menandatanganinya dari Monaco dengan yuran £39 juta (RM231 juta).

Dia membantu kelab menjuarai Liga Perdana, Liga Juara-Juara, Piala FA dan Piala Kelab Dunia.

Turut dilaporkan Henderson menjadi sasaran Al-Ettifaq yang baru-baru ini melantik bekas kapten Liverpool Steven Gerrard sebagai pengurus baharu mereka.

The Reds sudah pun memperkasa bahagian tengah mereka susulan penjualan James Milner, Naby Keita dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Mereka menandatangani pemain bintang Argentina Aexis Mac Allister, 24, dari Brighton serta kapten Hungary Dominik Szoboszlai, 22, dari RB Leipzig dan kini mencari pengganti Fabinho.

Fabinho mungkin menjadi pemain ternama terakhir beraksi di Arab Saudi pada musim panas ini jika perpindahannya menjadi kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 Julai 2023 @ 8:33 AM