HENDERSON sukar menyesuaikan diri dengan Al-Ettifaq.
HENDERSON sukar menyesuaikan diri dengan Al-Ettifaq.
AFP

Riyadh: Jordan Henderson semakin hampir menamatkan kariernya bersama Al-Ettifaq selepas menjalani ujian perubatan dengan kelab Belanda Ajax, menurut sumber kepada AFP hari ini.

Pemain tengah England berusia 33 tahun itu hanya sempat beraksi enam bulan bersama kelab Arab Saudi terbabit selepas meninggalkan Liverpool.

"Henderson hadir lewat pada hari pertama di kem Abu Dhabi. Dia berlatih dua hari, kemudiannya terlepas sesi semalam dan pergi ke Dubai menjalani perubatan dengan Ajax," menurut sumber yang enggan namanya didedahkan.

"Pemain itu mengesahkan hasratnya meninggalkan kelab seperti diminta skuad kebangsaan England yang mahu dia kembali ke kelab Eropah bagi membolehkan dia beraksi di Piala Eropah (Euro 2024)," kata sumber itu lagi.

Walaupun membuat pelaburan mega ke atas pemain asing, Al-Ettifaq masih bergelut dalam carta Liga Pro Saudi dan jurulatihnya Steven Gerrard -- bekas rakan sepasukan Henderson di Liverpool turut dijangka meninggalkan kelab itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2024 @ 7:18 PM