DE GEA dikatakan sering melakukan memenangi Sarung Tangan Emas Liga Perdana kedua musim lalu. -FOTO AFP
DE GEA dikatakan sering melakukan memenangi Sarung Tangan Emas Liga Perdana kedua musim lalu. -FOTO AFP
Reuters

London: Manchester United masih meneruskan perbincangan dengan penjaga gol, David De Gea walaupun kontrak pemain Sepanyol itu dengan pasukan di Old Trafford tamat Jumaat ini kata kelab Liga Perdana itu.

De Gea yang menyertai United pada 2011 ketika Alex Ferguson menjadi pengurus adalah pemain paling lama berkhidmat dalam skuad dan membuat hampir 550 penampilan bersama kelab itu.

"Kontrak David De Gea akan tamat tetapi perbincangan tetap terbuka dengan penjaga gol yang sudah lama bersama skuad," kata United dalam satu kenyataan.

De Gea memenangi Sarung Tangan Emas Liga Perdana kedua musim lalu dengan catatan bersih 17 gol tetapi pemain terbaik kelab sebanyak empat kali itu dilihat mempunyai kelemahan dan melakukan kesilapannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu adalah antara pemain yang menerima bayaran tertinggi di kelab itu menurut media British tetapi tidak pernah beraksi untuk Sepanyol sejak 2020.

BBC melaporkan bahawa De Gea akan berkahwin hujung minggu ini dan sebarang perjanjian baharu tidak akan ditandatangani sehingga dia meneruskan perbincangan secara bersemuka di United.

United juga dikaitkan dengan usaha mendapatkan penjaga gol Inter Milan, Andre Onana.

United turut meminta De Gea supaya tidak menyertai kelab lain sekalipun kontraknya di Manchester United sudah berakhir.

The Red Devils meminta pemain itu tidak ke mana-mana sekiranya mereka tidak dapat mencari penjaga gol nombor satu baharu yang berada dalam lingkungan bajet perpindahan mereka.

Pemain berusia 32 tahun dari Sepanyol itu sudah diminta mengurangkan gajinya daripada £375,000 (RM2.2 juta) seminggu kepada £200,000 (RM1.18 juta).

Ketika penyerang menjadi keutamaan, United turut menangguhkan rundingan untuk membeli penjaga gol Inter Milan, Andre Onana dengan harga £40 juta (RM236 juta).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Julai 2023 @ 7:59 AM