DE Gea belum menandatangani kontrak dengan kelab baharu.
DE Gea belum menandatangani kontrak dengan kelab baharu.
Agensi

London: Spekulasi David de Gea bakal kembali menyarung jersi Manchester United semakin hangat selepas dia dilapor berada di Manchester hari ini.

De Gea meninggalkan Red Devils pada Julai lalu selepas 12 tahun di Old Trafford sekali gus pengurus Erik ten Hag terpaksa mencari pengganti pada musim panas dengn menandatangani penjaga gol Cameroon, Andre Onana dari Inter Milan dengan harga £47 juta (RM272 juta).

Namun pemain berusia 27 tahun gagal menyerlah apabila melakukan beberapa kesilapan besar ketika mengawal gawang sehingga penyokong mempersoalkan sama ada keputusan membenarkan De Gea meninggalkan kelab adalah tepat.

Penjaga gol berusia 32 tahun itu kini menghangatkan lagi spekulasi dia mungkin kembali ke United apabila memuat naik gambarnya di gelanggang tenis di Manchester.

Malah De Gea mungkin boleh menjadi pengganti jika Onana memilih beraksi untuk Cameroon di Piala Negara Afrika awal tahun depan.

De Gea masih belum menandatangani kontrak bersama kelab baharu dan kekal sebagai ejen bebas bermakna Ten Hag masih berpeluang untuk mendapatkan semula penjaga gol Sepanyol itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Oktober 2023 @ 9:29 PM