Pemain Ghana, Mohammed Kudus menjaringkan gol ketiga mengatasi penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu. FOTO Reuters
Pemain Ghana, Mohammed Kudus menjaringkan gol ketiga mengatasi penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu. FOTO Reuters
Reuters

Al Rayyan: Mohammed Kudus meledak dua gol ketika Ghana mengatasi Korea Selatan 3-2 pada aksi dramatik saingan Kumpulan H Piala Dunia sebentar tadi, sekali gus menghidupkan peluang mereka bersaing di pusingan kedua.

Ghana mendahului 2-0 pada babak pertama namun membenarkan Korea Selatan bangkit menyamakan kedudukan ketika Cho Gue-sung meledak dua gol dalam masa tiga minit untuk kedudukan seri 2-2, sebelum Kudus memastikan kemenangan berpihak Ghana.

Ghana tewas pada aksi pembukaan peringkat kumpulan mereka 3-2 kepada Portugal memperolehi tiga mata dalam kumpulan dengan skuad Korea hanya mempunyai satu mata selepas dua perlawanan.

Ghana memberi tekanan awal buat Korea apabila mendahului 2-0 ketika pemain pertahanan tengah Mohammed Salisu meledak jaringan pada minit ke-24 disusuli tandukan Mohamed Kudus 10 minit kemudian.

Kedua-dua jaringan berjaya disudahkan selepas menerima hantaran menarik daripada Jordan Ayew, yang berada dalam senarai kesebelasan permulaan ketika Ghana memilih corak serangan berbanding berdepan Portugal.

Sepakan percuma Ayew mengelirukan pertahanan Korea dan Salisu muncul tepat untuk menjaring gol pembukaan selepas berlaku kekalutan dalam kotak penalti.

Terdapat pengesahan lewat mengenai jaringan berkenaan apabila pemeriksaan VAR dilakukan sebelum pengadil Inggeris Anthony Taylor mengesahkan jaring itu.

Ayew sekali lagi melakukan hantar menarik untuk Kudus menanduk masuk membolehkan skuad Black Star mendahului.

Selepas rehat, Korea Selatan bangkit dengan dua tandukan Cho Gue-sung untuk menyamakan kembali kedudukan.

Kudus bagaimanapun memastikan kemenangan buat Ghana dengan jaringan pada minit ke-68.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2022 @ 11:46 PM