Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (dua kiri) melakukan persiapan menjelang aksi berdepan Ghana. FOTO AFP
Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo (dua kiri) melakukan persiapan menjelang aksi berdepan Ghana. FOTO AFP
Reuters

Doha: Cristiano Ronaldo tampil pada Piala Dunia kelimanya dengan mengetuai jentera serangan dan bergandingan bersama Joao Felix ketika Portugal berdepan Ghana pada aksi pembukaan mereka dalam Kumpulan H.

Ronaldo meninggalkan Manchester United dengan persetujuan bersama minggu ini selepas dia memberitahu berasa dikhianati oleh kelab itu.

Namun jurulatih dan rakan sepasukannya menyatakan kontroversi itu tidak memberi sebarang kesan kepada persiapan Portugal pada kempen mereka di Qatar.

Pengendali Portugal, Fernando Santos menggandingkan Ronaldo bersama Felix yang juga bintang Atletico Madrid di jentera serangan manakala Danilo Pereira menyertai Ruben Dias di pertahanan tengah.

Di bahagian tengah, Santos memilih formasi menyerang diketuai Ruben Neves.

Pengendali Ghana, Otto Addo memilih menggunakan formasi tiga pertahanan tengah bagi menghalang kemaraan serangan Portugal dan meletakkan bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Inaki Williams mengetuai serangan pasukan.

Senarai kesebelasan pemain:

Portugal: Diogo Costa, Joao Cancelo, Danilo Pereira, Ruben Dias, Raphael Guerreiro, Ruben Neves, Bernardo Silva, Bruno Fernandes, Otavio, Joao Felix, Cristiano Ronaldo.

Ghana: Lawrence Ati-Zigi, Abdul-Rahman Baba, Daniel Amartey, Alexander Djiku, Mohammed Salisu, Alidu Seidu, Thomas Partey, Salis Abdul Samed, Mohammed Kudus, Andre Ayew, Inaki Williams

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 12:03 AM