VARANE (tiga dari kiri) berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
VARANE (tiga dari kiri) berlatih bersama rakan sepasukan. FOTO Reuters
AFP

Doha: Raphael Varane bersedia untuk beraksi apabila Perancis menentang with Denmark di Piala Dunia selepas lebih sebulan tersisih akibat kecederaan kaki, kata jurulatih, Didier Deschamps, hari ini.

Bek tengah Manchester United itu tidak diturunkan ketika juara bertahan itu menang 4-1 ke atas Australia pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, tetapi Deschamps berkata, dia kini cergas untuk bermain dan boleh beraksi di Stadium 974, tengah malam esok.

"Dia akan bermain, dia sudah sedia serta cergas. Kami sudah berbincang dengannya," kata Deschamps.

"Dia cergas untuk turun perlawanan pertama dan kedua, kami akan membuat keputusan itu. Paling utama, dia cergas dan sudah bersedia sepenuhnya."

Kehadiran Varane akan melonjakkan skuad Deschamps, yang kehilangan beberapa pemain utama menjelang dan ketika Piala Dunia di Qatar.

Perancis hadir tanpa Paul Pogba, N'Golo Kante - dua pemain bintang yang membantu mereka menjulang Piala Dunia 2018 - dan Presnel Kimpembe. Penyerang, Karim Benzema dan Lucas Hernandez turut meninggalkan pasukan akibat kecederaan.

Bagaimanapun, Perancis kelihatan gagah pada perlawanan pembukaan dan akan layak ke pusingan kalah mati ketika berbaki satu perlawanan andainya berjaya menundukkan Denmark.

Mereka akan muncul juara kumpulan jika menang manakala perlawanan awal antara Tunisia dan Australia berakhir dengan keputusan seri.

Denmark mungkin hanya seri tanpa jaringan dengan Tunisia pada perlawanan pembukaan, tetapi mampu menyusahkan Perancis selepas menewaskan mereka dua kali dalam aksi timbal balik Liga Negara-Negara Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 7:40 PM