Pemain Perancis, Kingsley Coman (kiri) beraksi pada saingan Eropah. FOTO File AFP
Pemain Perancis, Kingsley Coman (kiri) beraksi pada saingan Eropah. FOTO File AFP
Reuters

Doha: Kingsley Coman meninggalkan sesi latihan skuad Perancis pada Khamis, dua hari sebelum juara bertahan itu berdepan Denmark dalam saingan Kumpulan D Piala Dunia di Qatar.

Penyerang itu kelihatan berjalan keluar dari padang tanpa kesan kecederaan dialami pada sesi latihan yang dihadiri semua pemain termasuk Raphael Varane.

Varane terlepas perlawanan pembukaan ketika pasukan itu menang 4-1 ke atas Australia selepas gagal pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring.

Coman, 26, dilaporkan mengalami kecederaan otot pada perlawanan persahabatan menentang pasukan tempatan pada Rabu.

Skuad kendalian Didier Deschamps berdepan masalah kecederaan dengan penyerang Karim Benzema terpaksa disisihkan pada Sabtu lalu dan pemain pertahan Lucas Hernandez meninggalkan kejohanan selepas mengalami kecederaan lutut serius ketika menentang Australia.

Perancis mengetuai Kumpulan D dengan tiga mata, sebelum berdepan Denmark dan Tunisia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2022 @ 12:59 AM