LUQMAN meledak gol cantik. FOTO KV Kortrijk VIDEO Instagram Luqman Hakim Shamsudin
LUQMAN meledak gol cantik. FOTO KV Kortrijk VIDEO Instagram Luqman Hakim Shamsudin

Kuala Lumpur: Jaringan penyerang muda kebangsaan yang sedang berkelana di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin ketika membantu skuad Bawah 21 tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan Virton 2-1, Sabtu lalu, dianggap berkelas dunia.

Gol dihasilkan penyerang berusia 20 tahun itu pada minit ke-69 sekali gus membolehkan skuad remaja KV Kortijk itu mendahului 2-0 selepas Souhaib Daali memberikan gol pertama buat mereka pada minit ke-55.

Jaringan Luqman itu turut menarik tumpuan selepas pemain itu menghasilkan jaringan menarik sehingga mendapat pujian daripada beberapa pemain bola sepak tempatan serta pelayar Internet.

Klip jaringan itu dikongsi Luqman menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Menerusi klip pendek itu, Luqman mengawal hantaran jauh dengan baik sebelum mengatasi kawalan beberapa pemain Virton dan melepaskan rembatan kencang menewaskan penjaga gawang Virton yang jelas tidak mampu berbuat apa apa.

Beberapa pemain tempatan yang berkesempatan meninggalkan komen adalah antaranya dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Akhyar Rashid yang menulis 'top class', manakala Arif Aiman Hanapi berkata 'mantap me'.

Penjaga gol skuad B-23 negara dan KL City, Azri Ghani pula dengan komen 'awak meme zahat'.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 September 2022 @ 6:20 PM