Fury memandu Mini Cooper. FOTO Agensi
Fury memandu Mini Cooper. FOTO Agensi
Agensi

TYSON Fury bangga menunjukkan kereta Mini Cooper 1993 yang baharu dibeli ketika lelaki dengan ketinggian 183m itu membuktikan dia mampu memandu kenderaan berkenaan bersiar-siar sekitar Morecambe, England.

Jaguh tinju berusia 31 tahun itu, sebelum ini memiliki beberapa kereta mewah edisi khas antaranya Rolls Royce, Ferrari dan Range Rover.

Fury kelihatan teruja memandu Mini Cooper klasik berwarna merah hati dan putih yang turut dikenali sebagai ikon kenderaan Britain.

Bercakap pada rakaman kamera ketika kelihatan memandu kenderaan itu sambil anak lelakinya berada di tempat duduk belakang.

Fury memberitahu : "Hi semua. Saya hanya mahu memandu sekitar Morecambe bersama kereta baharu saya ini.

Berbeza dengan bintang sukan lain yang meminati model kenderaan Era baharu, Fury pula lebih menggemari model Mini klasik itu yang lebih kecil, ranggi, retro dan asli.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Julai 2020 @ 9:30 PM