ZAHA menjadi watak utama kemenangan Palace ke atas Villa. FOTO Reuters
ZAHA menjadi watak utama kemenangan Palace ke atas Villa. FOTO Reuters
AFP

Paris: Bintang Crystal Palace, Wilfried Zaha, meledak tiga gol setakat ini dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan dua jaringannya membantu kelab berkenaan mencatat kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa.

Pemain antarabangsa Ivory Coast itu mendapat pujian daripada pengurus pasukan, Patrick Vieira.

"Dia mempunyai semangat dalam dirinya dan saya tidak mahu ia lentur kerana itu menjadikan dia pemain yang hebat. Dia mempunyai permainan yang hebat," kata Vieira.

Zaha memadam jaringan awal pemain Villa, Ollie Watkins sebelum meletakkan Palace di hadapan dengan menamatkan melakukan rembatan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan pada separuh masa kedua.

Dia juga terbabit dalam usaha untuk mendapatkan gol ketiga Palace yang dijaringkan, Jean Philippe Mateta.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Ogos 2022 @ 10:40 PM