Neymar kekal di PSG. -FOTO AFP
Neymar kekal di PSG. -FOTO AFP
Agensi

Paris: Neymar dilaporkan menggunakan pilihan untuk melanjutkan kontrak di Paris Saint-Germain - yang mampu menamatkan spekulasi perpindahan penyerang Brazil itu.

Pemain 30 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab termasuk Chelsea dan Newcastle susulan laporan yang mengatakan PSG tidak memerlukan lagi khidmatnya.

Gergasi Perancis itu dikatakan mahu mencari dana tambahan bagi mendapatkan pemain sasaran mereka pada jendela perpindahan kali ini, dan Neymar antara yang paling berisiko dilepaskan dalam kalangan tiga penyerang utama mereka.

Kedudukan Lionel Messi dijangka selamat dan Kylian Mbappe pula sudah mengesahkan akan kekal bersama PSG selepas menandatangani kontrak baharu yang turut memberikannya kuasa untuk membuat keputusan.

Dengan menggunakan pilihan berkenaan, Neymar mampu melanjutkan kontraknya sehingga tahun 2027.

Kontraknya ketika ini akan tamat pada tahun 2025, dan sebarang usaha untuk mendapatkannya sebelum tarikh itu akan memakan belanja yang cukup besar.

Neymar meledak 13 gol liga dalam 22 penampilan bersama PSG yang menjuarai Ligue 1 musim lalu, di mana dia terpaksa berehat akibat kecederaan buku lali dari Disember hingga Februari. -

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Julai 2022 @ 11:37 AM