KONTRAK Ibrahimovic (tengah) bersama PSG tamat hujung musim ini.
KONTRAK Ibrahimovic (tengah) bersama PSG tamat hujung musim ini.

Stockholm: Penyerang Sweden Zlatan Ibrahimovic mengesahkan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmatnya.

Pemain berusia 34 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke kelab seperti Manchester United, Chelsea serta Arsenal ketika kontraknya bersama Paris Saint-Germain akan tamat hujung musim ini.

“Ya, mereka ada menunjukkan minat. Saya boleh mengesahkan perkara itu dan kita perlu tunggu dan lihat,” kata Ibrahimovic di Stockholm ketika dia sedang bersiap bagi perlawanan persahabatan menentang Republik Czech.

“Saya rasa Liga Perdana adalah liga yang memiliki profil paling tinggi di dunia. Mereka banyak mengisi berita mengenai bola sepak dunia.

“Tapi saya mahu ia seperti satu perkahwinan, kedua-dua pihak setuju dengan perkara itu.”

Ibrahimovic pernah memenangi gelaran liga di empat negara berbeza.

Dia mewakili PSG pada Julai 2012 dari AC Milan tetapi selepas membantu kelab itu menjulang gelaran buat kali keempat awal bulan ini, dia meluahkan hasrat untuk tidak lagi bersama kelab berkenaan musim depan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2016 @ 10:54 AM