RONALDO (kanan) bersalaman dengan Cesar Azpilicueta selepas taamt perlawanan. FOTO EPA
RONALDO (kanan) bersalaman dengan Cesar Azpilicueta selepas taamt perlawanan. FOTO EPA
Reuters

Madrid: Pengurus Portugal, Fernando Santos mempertahankan keputusannya untuk menggugurkan Cristiano Ronaldo daripada kesebelasan utama bagi perlawanan pembukaan Liga Negara-Negara menentang Sepanyol hari ini.

Santos menegaskan beliau yakin penyerang itu boleh memberi impak yang lebih besar meskipun bermula dari bangku simpanan.

Ronaldo, penjaring terbanyak Portugal, di masukkan minit ke-62 tetapi gagal menjaringkan gol, sebaliknya jaringan lewat permainan Ricardo Horta memberikan keputusan seri 1-1 untuk Portugal.

"Cristiano Ronaldo? Ramai sering bertanya mengapa dia sering berada dalam kesebelasan utama. Ini soalan bernilai berjuta-juta dolar.

"Saya faham tetapi untuk perlawanan ini adalah lebih baik menggunakan pemain pilihan saya," kata Santos.

Santos berkata ketiadaan Ronaldo dalam kesebelasan utama bukan menggambarkan prestasi semasanya ketika bintang berusia 37 tahun itu menikmati musim yang meyakinkan bersama Manchester United apabila menjaringkan 24 gol dalam semua pertandingan.

"Ia adalah soal teknikal dan taktikal untuk perlawanan ini. Ia tiada kena mengena dengan kualiti Cristiano. Itu tidak perlu dipersoalkan.

"Ada ketikanya dalam satu-satu perlawanan, anda perlu berfikir dengan cara yang berbeza. Kami percaya pada separuh masa kedua dia boleh membantu pasukan," katanya.

Portugal menentang Switzerland pada Isnin ini manakala Sepanyol ke Prague untuk berdepan Republik Czech.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2022 @ 12:45 PM