SANTOS (tengah) pada sesi latihan di Stadium Fisht, Sochi, Russia. FOTO Agensi
SANTOS (tengah) pada sesi latihan di Stadium Fisht, Sochi, Russia. FOTO Agensi
AFP

JURULATIH Portugal, Fernando Santos percaya Sepanyol masih mampu mara sejauh mungkin di Piala Dunia, di sebalik krisis melanda pasukan lawan mereka pada aksi pertama awal pagi esok, waktu Malaysia.

Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan dengan Sepanyol berdepan kekecewaan selepas jurulatih, Julen Lopetegui dipecat Rabu lalu berikutan pengumuman beliau akan berhijrah ke Real Madrid selepas berakhir saingan Piala Dunia.

Fernando Hierro segera dilantik untuk membimbing pemenang Piala Dunia 2010 itu.

“Sepanyol mempunyai jurulatih hebat iaitu Fernando Hierro. Saya tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.

“Tapi saya pasti Sepanyol akan melalui kempen yang cemerlang di Piala Dunia,” kata Santos.

Santos bagaimanapun percaya Portugal tidak akan terperangkap dengan apa saja taktik Sepanyol berikutan pertukaran jurulatih pada saat akhir itu.

“Sepanyol mempunyai gaya permainan yang sama sejak sedekad lalu. Jadi saya tidak fikir kami akan menyaksikan kejutan,” katanya.

Portugal yang diperkuatkan oleh Cristiano Ronaldo akan akan turun dengan status selaku juara Eropah.

Mereka tampil dengan kekuatan sebenar untuk mencapai sasaran yang gagal dilakukan di kejohanan utama sejak Euro 2008, iaitu mencatat kemenangan pada perlawanan pembukaan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 5:23 PM