KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
KYLIAN Mbappe. FOTO AFP
Agensi

Madrid: Real Madrid yakin mampu mendapatkan tandatangan Kylian Mbappe dan Erling Haaland pada musim panas.

Kontrak Mbappe bersama Paris Saint-Germain (PSG) akan berakhir pada hujung musim ini manakala Haaland dikatakan boleh dilepaskan dengan klausa pelepasan bernilai 75 juta euro (RM355.3 juta).

Mbappe adalah sasaran utama Real tetapi presidennya, Florentino Perez juga mahu mengambil kesempatan daripada masalah kewangan melanda Barcelona dengan cuba mendapatkan Haaland.

Sebelum ini, Haaland adalah sasaran utama Barcelona pada musim depan.

Mbappe dilihat hampir pasti meninggalkan PSG pada hujung musim ini dan kemudian berhijrah ke Santiago Bernabeu namun Real bakal menerima saingan daripada Manchester City untuk mendapatkan Haaland.

Mbappe dan Haaland dilabel sebagai dua pemain bola sepak terbaik di dunia ketika ini dan bakal menggantikan Lionel Messi serta Cristiano Ronaldo.

Jika Real dapat menandatangani kedua-dua pemain itu, ia pastinya memberi kelebihan kepada mereka sekali gus mempunyai jurang yang besar dengan seteru utama, Barcelona.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 January 2022 @ 2:37 PM