Aksi penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) ketika melakukan percubaan ke arah gol Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Aksi penyerang PSG, Kylian Mbappe (tengah) ketika melakukan percubaan ke arah gol Real Madrid dalam saingan Liga Juara-Juara. FOTO AFP
Agensi

London: Liverpool tidak lagi berada dalam perlumbaan untuk menandatangani Kylian Mbappe dengan perpindahan percuma dari Paris Saint-Germain menurut beberapa laporan.

Mbappe penyerang yang memenangi Piala Dunia dijangka mempunyai tempoh kontrak akhirnya beberapa bulan di Parc des Princes dan dikatakan hampir pasti meninggalkan PSG sebagai pemain bebas pada jendela perpindahan musim panas.

Real Madrid antara kelab yang berada di barisan depan untuk mendapatkan tandatangan Mbappe dan skuad Los Blancos yakin mengenai peluang untuk melengkapkan perjanjian itu.

Liverpool juga dikaitkan dengan perpindahan buat pemain berusia 23 tahun itu tetapi menurut laporan Sport, skuad kendalian Jurgen Klopp kini keluar daripada usaha untuk menandatanganinya pada musim panas.

Laporan menyatakan Real Madrid kini menjadi destinasi pilihan utama Mbappe jika dia mengambil keputusan untuk meninggalkan PSG, dengan Barcelona atau Manchester City turut bersaingan mendapatkan khidmat bintang Perancis itu.

Mbappe meledak 22 gol dan melakukan 16 bantuan gol dalam 33 penampilan buat skuad kendalian Mauricio Pochettino musim ini dan baru-baru ini menyatakan dia belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Februari 2022 @ 7:18 PM