CONTE terpaksa meminta aksi Liga Konferensi 9 Disember lalu ditangguhkan selepas lapan pemain dan lima staf positif Covid-19. FOTO EPA
CONTE terpaksa meminta aksi Liga Konferensi 9 Disember lalu ditangguhkan selepas lapan pemain dan lima staf positif Covid-19. FOTO EPA
AFP

Paris: Kempen saingan Eropah Tottenham Hotspur musim ini berakhir selepas Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memberikan Rennes kemenangan 3-0 dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Liga Konferensi Europa.

Spurs gagal untuk turun beraksi pada perlawanan 9 September lalu kerana skuadnya berdepan kes Covid-19.

Keputusan itu menyaksikan mereka menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga di belakang juara, Rennes dan wakil Belanda, Vitesse.

Rennes mara terus ke saingan 16 akhir, manakala Vitesse akan berdepan Rapid Vienna dalam aksi kalah mati playoff.

"Badan Rayuan UEFA mengambil keputusan mengisytiharkan perlawanan peringkat kumpulan Liga Konferensi UEFA 2021/22 antara Tottenham Hotspur dan Rennes, dengan Spurs ttumpas 0-3," kata UEFA dalam satu kenyataan.

Perlawanan di London terpaksa dibatalkan apabila pengurus Spurs, Antonio Conte mengumumkan pada malam sebelum perlawanan lapan pemainnya dan lima staf diuji positif Covid-19.

Spurs menjadi salah satu kelab England yang paling teruk terjejas oleh penularan semula Covid-19 dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh varian Omicron sehingga terpaksa menangguhkan perlawanan liga menentang Brighton dan Leicester.

Bagaimanapun, tidak seperti kebanyakan pesaing domestik lain, mereka dapat memenuhi perlawanan hujung minggu selepas seri 2-2 dengan Liverpool.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Disember 2021 @ 7:31 PM