Jurulatih Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo memerhatikan aksi pemainnya dalam perlawanan Liga Konferensi. FOTO EPA
Jurulatih Tottenham Hotspur, Nuno Espirito Santo memerhatikan aksi pemainnya dalam perlawanan Liga Konferensi. FOTO EPA
Agensi

London: Pengendali Tottenham, Nuno Espirito Santo mempertahankan keputusan menurunkan barisan muda pasukannya selepas tewas 0-1 kepada Vitesse dalam saingan Liga Konferensi, pagi ini.

Jaringan tunggal Maximilian Wittek pada babak kedua sudah cukup untuk memastikan wakil Inggeris itu pulang hampa selepas hanya menang dua daripada lapan perlawanan terakhir mereka di peringkat Eropah.

Beberapa pemain bintang Spurs antaranya Son Heung-min dan Harry Kane tidak dibawa untuk aksi itu.

Espirito Santo sebaliknya berkata berdepan jadual perlawanan padat memerlukan penggiliran pemain yang tepat.

"Ia perlawanan yang sukar. Saya rasa kami mampu bersaing dengan baik. Daripada segi serangan, saya fikir kami harus menyudahkan aksi ini dengan lebih baik. Beberapa kombinasi telah hilang." katanya.

Rennes menerajui Kumpulan G dengan lima mata di depan Spurs sementara Vitesse menduduki tempat kedua dengan enam mata.

Begitupun, Espirito Santo tetap tenang ketika dia menyarankan kebangkitan pasukannya dalam perlawanan berikutnya dalam usaha melangkah ke peringkat kalah mati.

Sementara itu, Spurs yang menduduki tangga kelima liga akan berkunjung ke West Ham bagi aksi Liga Perdana, Ahad ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 22 Oktober 2021 @ 3:07 PM