PEMAIN tengah Perancis, Ousmane Dembele (kiri) bergelut dengan Attila Fiola dari Hungary pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1, Sabtu lalu. FOTO EPA
PEMAIN tengah Perancis, Ousmane Dembele (kiri) bergelut dengan Attila Fiola dari Hungary pada perlawanan yang berkesudahan seri 1-1, Sabtu lalu. FOTO EPA
AFP

Budapest: Perancis terpaksa melupakan Ousmane Dembele bagi bagi aksi 2020 selepas ujian X-ray menunjukkan kecederaan lutut pemain sayap Barcelona itu tidak sempat pulih pada masanya, kata Persekutuan Bola Sepak Perancis (FFF), hari ini.

Selepas masuk sebagai pemain gantian, Dembele, 24, cedera pada saat akhir ketika seri 1-1 dengan Hungary di Budapest, Sabtu lalu dan ujian x-ray petang semalam menunjukkan dia tidak sempat pulih sehingga kejohanan berakhir.

"Proses pemilihan agak panjang dan tidak sesuai mengekalkannya bersama pasukan," kata FFF.

Dembele masuk sebagai pemain gantian dalam kedua-dua aksi Perancis di Euro 2020.

Dia menggantikan Adrien Rabiot pada sasat akhir ketika menewaskan Jerman 1-0 pada perlawanan pembukaan dan sekali lagi menggantikan Rabiot pada minit ke-57 menentang Hungary dan rembatannya terkena tiang sebelum dikeluarkan akibat cedera pada 30 minit kemudian.

Peraturan Uefa hanya membenarkan penjaga gol digantikan ketika kejohanan dan ini bermakna Perancis tidak akan memanggil pengganti kepada Dembele yang memiliki 27 cap.

Perancis membariskan lapan penyerang dalam skuad 26 pemain termasuk Kingsley Coman dari Bayern Munich, pemain memiliki corak hampir sama dengan Dembele dan belum lagi diturunkan.

Selepas berpindah dari Borussia Dortmund pada Ogos 2017, pemain bayaran kedua termahal di Barcelona dikenali sebagai the "Mosquito" itu berdepan masalah kecederaan hamstring.

Musim ini, dia hanya cedera sekali dan membuat 44 penampilan serta menjaringkan 11 gol.

Dembele yang juga anggota pasukan menjulang Piala Dunia 2018 di Russia, beraksi cemerlang menjelang Euro 2020, menjaringkan gol di kelayakan Piala Dunia menentang Kazakhstan pada Mac dan gol ketika bertemu Wales pada aksi persahabatan awal bulan ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Jun 2021 @ 7:43 PM