DEMBELE (dua dari kanan) mengalami kecederaan hamstring selepas pertemuan dengan Cadiz. FOTO AFP
DEMBELE (dua dari kanan) mengalami kecederaan hamstring selepas pertemuan dengan Cadiz. FOTO AFP
AFP

Madrid: Berita buruk terus menghantui Barcelona apabila kelab berkenaan melaporkan penyerang Perancis, Ousmane Dembela mengalami kecederaan hamstring sehari selepas mereka tumpas kepada Cadiz.

"Ia adalah kecederaan kecil dan pemulihan bergantung kepada tahap kemampuannya," kata Barca dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, media Sepanyol menjangkakan pemain berkenaan akan sembuh dalam tempoh satu atau dua minggu.

Dembele mengalami kecederaan serius di bahagian sama musim lalu dan hanya beraksi sembilan kali untuk Barcelona.

Musim ini dia sudah beraksi sebanyak 12 kali dengan meledak empat gol termasuk ketika mengalahkan Ferencvaros di Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Dia masuk pada separuh masa kedua di Cadiz, dengan Barcelona ketika itu sudah ketinggalan sebelum tewas 1-2.

Dembele akan menyertai beberapa lagi senarai pemain Barca yang mengalami kecederaan termasuk Ansu Fati, Sergi Roberto dan Gerard Pique.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2020 @ 12:49 PM