Aaron Ramsey (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol. FOTO AFP
Aaron Ramsey (kiri) meraikan kejayaan menjaringkan gol. FOTO AFP
AFP

Milan: Juara bertahan Juventus berjuang sebelum menang 3-1 ke atas Sassuola yang beraksi dengan 10 pemain untuk merapatkan kedudukan dengan tiga pasukan teratas Serie A.

Skuad Andrea Pirlo menang tiga perlawanan liga berturut-turut buat kali pertama musim ini untuk melonjak kedudukan ke tempat keempat, tujuh mata di belakang pendahulu AC Milan yang mempunyai tiga lagi perlawanan.

"Penting untuk mengekalkan rentak kemenangan malam ini kerana jika tidak perlawanan di San Siro Rabu lalu tidak bermakna," kata Pirlo yang skuadnya menamatkan deretan 27 perlawanan tanpa kalah Milan Rabu lalu.

Sassuolo bermain pada separuh masa kedua dengan 10 pemain selepas Pedro Obiang dilayangkan kad merah kerana mengasari Federico Chiesa.

Pemain pertahanan Danilo meletakkan Juventus di hadapan minit ke-50, gol pertama pemain itu musim ini.

Namun tujuh minit kemudian Sassuolo merapatkan jurang menerusi Gregoire Defrel.

Pemain gantian Aaron Ramsey kembali meletakkan Juve di depan lapan minit sebelum tamat permainan dan Cristiano Ronaldo melengkapkan kemenangan pasukannya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2021 @ 10:37 AM