Penyerang Napoli Lorenzo Insigne (kiri) dan pemain Sassuolo Alfred Duncan cuba merebut bola dalam aksi Serie A, awal pagi ini. FOTO AFP.
Penyerang Napoli Lorenzo Insigne (kiri) dan pemain Sassuolo Alfred Duncan cuba merebut bola dalam aksi Serie A, awal pagi ini. FOTO AFP.
Reuters

JARINGAN lewat, Lorenzo Insigne menjadi penyelamat untuk pasukan di tangga kedua Serie A liga Itali, Napoli terikat 1-1 berdepan Sassuolo, awal pagi ini, namun ia belum cukup untuk mencabar kedudukan selesa peneraju liga, Juventus.

Juve menamatkan minggu ini dengan 18 mata di depan berikutan kemenangan 4-1 ke atas Udinese di gelanggang sendiri, Jumaat lalu. Dengan baki 11 perlawanan lagi dan sekurang-kurangnya memperolehi 15 mata untuk memastikan mereka merangkul gelaran ke lapan berprestij itu.

Napoli, yang bersaing dalam pusingan ke 16 Liga Europa merehatkan beberapa pemainnya dan penjaga gol, Alex Meret yang digantung perlawanan.

Sassuolo mendahului apabila Domenico Berardi memanfaatkan hantaran pendek Jeremie Boga tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula.

Napoli meneruskan rekod beraksi lima perlawanan liga tanpa kalah berturut-turut selepas Insigne menghukum kesilapan yang dilakukan pertahanan Sassuolo untuk menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki empat minit.

Pasukan yang tidak pernah tewas di peringkat liga, Juventus, memenangi 24 daripada 27 perlawanan dan seri tiga kali, mengumpul 75 mata dengan Napoli pula 57 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 Mac 2019 @ 11:08 AM