Jurgen Klopp (kiri) meraikan kemenangan bersama Mohamed Salah pada aksi berdepan Atalanta di Bergamo pada awal November ini. FOTO AFP
Jurgen Klopp (kiri) meraikan kemenangan bersama Mohamed Salah pada aksi berdepan Atalanta di Bergamo pada awal November ini. FOTO AFP
Agensi

London: Bos Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan bintang mereka, Mohamed Salah akan kembali berlatih hari ini selepas didapati negatif Covid-19.

Penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu terpaksa beraksi tanpa penjaring 10 gol mereka ketika kemenangan 3-0 ke atas Leicester pagi ini.

Penyerang Mesir itu diuji positif ketika rehat perlawanan antarabangsa di negaranya selepas menghadiri perkahwinan adik lelakinya.

Salah terlepas aksi Piala Negara-Negara Afrika bersama Mesir apabila didapati positif buat pertama kali pada 13 November lalu.

Dia kemudian pulang ke England bersama pemain Arsenal, Mohamed Elneny, Jumaat lalu tetapi sekali lagi didapati positif.

Salah mungkin dapat diturunkan apabila Atalanta berkunjung ke Anfield bagi saingan Liga Juara-Juara (UCL) pada awal pagi Khamis ini selepas keputusan ujiannya negatif.

"Betul, dia negatif hari ini. Saya rasa bermula sekarang keputusan ujiannya adalah normal.

"Kami akan menjalani ujian UEFA untuk UCL dan dia boleh mula berlatih bersama kami esok," kata Klopp.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2020 @ 11:23 AM