BEREGU utama negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik tewas kepada pemain China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di separuh akhir Terbuka Indonesia, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
BEREGU utama negara, Aaron Chia (kiri) dan Soh Wooi Yik tewas kepada pemain China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi di separuh akhir Terbuka Indonesia, hari ini. FOTO BADMINTON PHOTO
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Perjuangan wakil Malaysia di Terbuka Indonesia tersekat di peringkat separuh akhir apabila beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tewas kepada pasangan China, hari ini.

Perlawanan di Stadium Istora Senayan, Jakarta itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik tewas 18-21 dan 13-21 di tangan Yu Chen-Ou Xuan Yi.

Walaupun Aaron-Wooi Yik memberi tentangan sengit pada set pertama, kesilapan mudah dilakukan beregu di ranking ketujuh dunia itu memberi ruang kepada pasangan China terbabit mencatatkan kemenangan dalam 38 minit.

Pada set kedua, gandingan negara gagal melawan dan kerap bertahan sehingga memudahkan pasangan China itu mengesahkan kemenangan.

Pasangan Yu Chen- Xuan Yi akan bertemu dengan pemenang antara wakil Korea Selatan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho dan beregu Denmark Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen di final, esok.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Jun 2022 @ 8:33 PM