AARON (kanan) dan Wooi Yik pamer aksi meyakinkan. FOTO Badminton Photo
AARON (kanan) dan Wooi Yik pamer aksi meyakinkan. FOTO Badminton Photo
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melaungkan amaran bahawa mereka bakal mencipta kejutan di Terbuka Indonesia selepas menumbangkan lawannya dari Korea Selatan, sebentar tadi.

Dalam aksi pusingan kedua yang berlangsung di Stadium Istora Senayan, Jakarta, Indonesia itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik dilihat menampilkan aksi cukup mantap untuk menumbangkan Choi Sol Gyu-Kim Won Ho straight set 21-19,21-16.

Walaupun, pasangan itu pada satu ketika ketinggalan 13-18 pada set pertama namun mereka tidak mudah goyah apabila bangkit pada saat akhir untuk memastikan kemenangan berpihak kepada beregu nombor tiga dunia itu.

Kemenangan itu, turut meniup semangat mereka untuk tampil lebih menyakinkan pada set kedua apabila mudah menumpaskan wakil Korea Selatan itu menerusi pungutan mata 21-16.

Pasangan negara itu dijangka akan bertemu lawan membabitkan wakil dari Jepun Akira Koga-Taichi Sato atau pasangan China Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi pada pusingan suku akhir esok.

Sementara itu, beregu campuran profesional negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil tuan rumah.

Kian Meng-Pei Jing tewas kepoada Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-17,21-16 sekali gus harapan untuk mereka melangkah ke pusingan suku akhir berkecai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Jun 2023 @ 4:14 PM