Mike Tyson. FOTO Agensi
Mike Tyson. FOTO Agensi
Agensi

Las Vegas: Mike Tyson menumpukan perancangan besarnya untuk bertarung tiga legenda dalam arena sukan tinju sebelum berehat panjang.

Legenda heavyweight Amerika Syarikat itu membuat kemunculan semula dalam pertarungan pertunjukan yang berakhir dengan keputusan seri berdepan Roy Jones Jr, November lalu.

Petinju berusia 54 tahun itu, mempunyai perancangan untuk berdepan pertarungan menarik perhatian peminat sebelum menggantung terus sarung tangannya.

"Saya mahu (berdepan) Holyfield dan saya mahu Lennox Lewis tahun ini," katanya.

"Saya mahu kedua-duanya, saya mahu bertarung dengan mereka tahun ini. Saya juga mahu bertarung dalam perlawanan pertunjukan bersama Tyson Fury.

"Jika saya melakukannya - sekalipun saya dapat bertarung dengan mereka berdua [Lewis dan Holyfield], saya akan menyatakan, ini adalah penutup, saya akan meneruskan kehidupan seperti biasa."

"Dan ia hanya pertunjukan. Saya mahu memecahkan semua rekod profesional sebenar dengan pertunjukan."

Tyson ternyata dimotivasikan dengan usaha untuk membalas dendam ke atas Holyfield dan Lewis, kedua-duanya petinju yang mengalahkannya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 April 2021 @ 11:13 PM