FARFAN masih lagi berada di Russia dan dinasihatkan kuarantin di rumah. FOTO AFP
FARFAN masih lagi berada di Russia dan dinasihatkan kuarantin di rumah. FOTO AFP
AFP

PENYERANG veteran kelahiran Peru, Jefferson Farfan menjadi pemain pertama di Russia disahkan positif Covid-19.

Perkara itu disahkan kelabnya, Lokomotiv Moscow semalam tatkala saingan Liga Perdana Russia akan disambung kembali lagi lima minggu.

"Covid-19 sudah menyerang pemain kita, Jefferson Farfan. Kami berharap anda cepat sembuh Jeff," jelas Lokomotiv menerusi Twitter.

Pengerusi kelab, Anatoli Mechcheriakov, memberitahu agensi berita Ria-Novosti, bahawa Farfan berada di Moscow dan tidak dimasukkan ke hospital

Farfan, 35, yang menandatangani kontrak bersama Lokomotiv pada 2017, masih belum beraksi perlawanan musim ini selepas mengalami kecederaan lutut tahun lalu dalam saingan Copa America.

Liga Perdana Russia ditangguhkan sejak 17 Mac lalu dan dijangka akan bersambung semula tanpa penonton bermula pada 21 Jun depan.

Russia adalah negara kedua mencatat jumlah kes paling tinggi selepas Amerika Syarikat iaitu sebanyak 272, 043 kes dan jumlah kematian pula 2,537 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Mei 2020 @ 9:18 AM