Pemain tengah Manchester City, Leroy Sane. FOTO File AFP
Pemain tengah Manchester City, Leroy Sane. FOTO File AFP
Agensi

PENGURUS Manchester City, Pep Guardiola berkata dia tidak dapat menolak kehendak Leroy Sane sekiranya pemain sayap Jerman berkenaan mahu meninggalkan kelab itu.

Sane tidak beraksi sejak mengalami kecederaan buku lali serius dalam perlawanan Perisai Komuniti menentang Liverpool pada 4 Ogos lalu.

Masa depannya, mencetus spekulasi utama musim lalu, masih kekal tanpa perubahan dengan kontrak pemain itu dijangka tamat pada 2021.

"Ia adalah soalan untuk Leroy, ejen pemain itu dan kelab berkaitan. Saya tidak campur tangan mengenai perkara ini," kata Guardiola mengenai masa depan Sane.

Tambah pengurus warga Sepanyol itu : "Saya tidak akan ragu-ragu mengenai dirinya dan kualiti yang dimiliki namun setiap orang mempunyai keluarga sendiri, keinginan, impian dan lebih dari itu, saya tidak dapat melakukan apa-apa."

Guardiola sebelum ini membuat kenyataan jelas bahawa dia mahu Sane kekal di Stadium Etihad untuk jangka panjang mengakui perbincangan kontrak lanjutan dijalankan pada Disember 2018.

Juara Jerman, Bayern Munich berminat membawa semula pemain berusia 23 tahun itu ke Bundesliga dalam tempoh Sane yang pernah beraksi bersama Schalke pulih daripada kecederaan.

Bagitupun, Guardiola berkata tumpuan utamanya adalah pemain antarabangsa Jerman itu dapat kembali beraksi selepas mengalami kecederaan dalam memperkuatkan pasukannya untuk terus mencabar kejuaraan memenangi empat piala.

"Apa yang saya mahu adalah untuk dia kembali cergas. Keadaan lututnya dilihat semakin baik dan selepas itu, sejujurnya ia bukan urusan saya. Ia bukan ditangan saya," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 January 2020 @ 12:03 PM